Unit Sumber & Teknologi Pendidikan
E-SIJIL DIBUKA! • 📜 e-Sijil Penyertaan Murid & e-Sijil Penghargaan Guru Pembimbing kini boleh dimohon secara dalam talian melalui pautan e-Sijil di bawah.
Sila buat pengisian maklumat melalui pautan borang di bawah untuk penerimaan e-Sijil secara automatik terus ke e-mel anda.
Khusus bagi Guru Pembimbing Sekolah
Borang pendaftaran bagi menjana e-Sijil Penghargaan Guru Pembimbing peringkat Daerah Port Dickson tahun 2026.
Khusus bagi Peserta Murid Pertandingan
Borang pendaftaran bagi menjana e-Sijil Penyertaan Murid Pertandingan Pembaca Bestari peringkat Daerah Port Dickson tahun 2026.
Pertandingan Pembaca Bestari 2026 merupakan satu inisiatif kecemerlangan di bawah Program Pemerkasaan Bacaan anjuran Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca, membina keyakinan diri, serta mencungkil bakat penyampaian dan pemikiran kritis dalam kalangan murid sekolah. Melalui platform ini, kita berharap dapat melahirkan generasi pelapis yang bukan sahaja cintakan ilmu, malah mampu mengartikulasikan idea dengan cemerlang.
Sekolah Rendah
Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
Bahasa Inggeris
Sekolah Menengah
Bahasa Melayu
Sekolah Menengah
Bahasa Inggeris
Saksikan momen-momen menarik dan ragam peserta sepanjang Pertandingan Pembaca Bestari 2026 berlangsung. Semua gambar rasmi dimuat naik ke dalam album Google Photos kami.
Buka Album Gambar