Unit Sumber & Teknologi Pendidikan
Pendaftaran Pertandingan Pembaca Bestari 2026 kini dibuka! Sila rujuk syarat pertandingan dan muat turun borang penyertaan melalui pautan Bahan Rujukan di bawah.
Pertandingan Pembaca Bestari 2026 merupakan satu inisiatif kecemerlangan di bawah Program Pemerkasaan Bacaan anjuran Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca, membina keyakinan diri, serta mencungkil bakat penyampaian dan pemikiran kritis dalam kalangan murid sekolah. Melalui platform ini, kita berharap dapat melahirkan generasi pelapis yang bukan sahaja cintakan ilmu, malah mampu mengartikulasikan idea dengan cemerlang.
Sekolah Rendah
Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
Bahasa Inggeris
Sekolah Menengah
Bahasa Melayu
Sekolah Menengah
Bahasa Inggeris
Saksikan momen-momen menarik dan ragam peserta sepanjang Pertandingan Pembaca Bestari 2026 berlangsung. Semua gambar rasmi dimuat naik ke dalam album Google Photos kami.
Buka Album Gambar